Tujuh Macam Pahala yang Dapat Dinikmati Selepas Matinya
Minggu, 10 Februari 2013 06:57 WIB | 9.911 kali
Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang ing minum daripadanya.
Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala ; elagi ada orang yang membacanya.
Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan reristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Alquran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.